Service Khas!!!

Pusat Service kereta:
Kereta D3 Auto,
menjual alat-alat ganti kereta D3 auto.


Kawasan pinggiran USJ
bersebelahan dengan Sekolah Teknik Shah Alam..

Pages

Sunday 27 March 2011

kawan,rakan,teman & sahabat

mereka adalah mereka

Dewasa kini, kita diilhamkan dan ditunjukkan untuk mengejar cita-cita dan impian, seperti mana yang kita inginkan dan idamkan. Tanpa mereka pasti kegembiraan dan keseronokan, kita tidak mampu merasai. Mereka menjadi tonggak perjuangan kita untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran dan rintangan. Tanpa mereka, kita tidak lagi merasai kegilaan dan kenakalan dunia yang fana' ini. Tanpa mereka, kita pasti tidak akan menikmati keriuhan dan kekecohan yang wujud didunia yang nyata ini. Itulah peranan mereka di sisi kita sebagai insan.....
Aku rindu mereka......terima kasih atas kesetiaan mereka dan keikhlasan mereka...syukran ala kullihal....ya rabb,ihfizna ya rabb fid dunniaa wal akhirah.
                                                   
                                                                                                                                          @ hilang arah

Salam Perkenalan buat semua pengunjung

salam 1 malaysia...
kepada semua rakyat yang didahulukan dan pencapaian yang diutamakan. Buat pengetahuan kalian, saya bernama Abdul Hisham @ Ahmad Nur Hisyam bin Hashim. Saya seorang pelajar jurusan Bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa. Sebelum saya memanjangkan lagi cerita mengenai diri dan pengalaman saya, izinkan saya menceritakan sedikit sebanyak tentang pengenalan diri saya...
Saya mempunyai sepasang ibu ayah yang sangat menyayangi,memahami dan mengambil berat tentang permasalahan saya dan kegembiraan. Saya mempunyai 9 orang adik beradik,3 orang dilantik sebagai abang saya dan 5 orang dilakobkan sebagai adik saya. Saya mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah rendah yang terletak di bandar subang jaya iaitu Sekolah Kebangsaan SS19, selepas menamatkan diperingkat rendah, saya memulakan pengembaraan mencari sebuah kehidupan di sebuah sekolah yang terletak di bandar Seri Petaling iaitu sebuah Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling.
Sekian lama 3 tahun berlalu, saya mencari sesuatu yang baru di perantauan. Saya memilih sebuah negara timur tengah iaitu SYRIA untuk mengenal erti sebuah episod kehidupan. Saya mengembara dan merantau dengan tujuan yang satu. Saya mengambil masa selama 3 tahun 5 bulan untuk menamatkan pengajian saya dalam bidang Bahasa Arab peringkat Advance Diploma. Sebeloum itu, saya menghabiskan pengajian dakwah islamiah peringkat diploma disebuah Mujakma' Syeikh Ahmad Kiftaro Syria. Selepas menamatkan pengajian di sana, saya pulang ke tanah air dengan hati yang gembira dan tenang. Saya syukur dengan takdir yang menentukan perjalanan kehidupan saya...
terima kasih ya rabb...


                                                                                                                                        @ Mentari jingga