Service Khas!!!

Pusat Service kereta:
Kereta D3 Auto,
menjual alat-alat ganti kereta D3 auto.


Kawasan pinggiran USJ
bersebelahan dengan Sekolah Teknik Shah Alam..

Pages

Tuesday 17 May 2011

nilai setitik mutiara jernih...

tangisan,meskinpun kita didunia ne,mengatakan kami tidak pernah menangis...namun ingatlah,setiap manusia pasti dan pasti pernah menangis..baik kesedihan mahupun kegembiraan...awal tangisan adlh ketika mana kite di lahirkan,kite melihat dunia yg penuh dengan cabaran dan halangan...marilah kite menangis sama2,kerana tngisan adlh penawar segalanya....sepertimana hadis nabi,banyakkan nangis didunia nescaya diakhirat kelak akan ketawa kegembiraan,namun sebaliknya...insaf,ape yg tersurat dan tersirat dalam tangisan keinsafan??

Tuesday 3 May 2011

PeRanGi DiRi Dari Sifat Amarah!!!!!!!!!!!

'tak kala kebenciaan y menyelubungi dri,
rase membuak2 kemarahan d'hati....(bisikn hati kecil)

Bismillah....
 tatih dan terus tatih untuk cuba mengenali dri dri selahan sifat kekurangan..
siapakah mangsa ku selepas ini???soalan keluar dri lubuk hati...
membelek2 lptop membuka folder music...bisikan naluri..rini aku nk dengo lagu la...kot2 la dpt kurang kn
rse pns d'hati ni kan..fikiran cetek y mengeluarkan pendapat..hish...hish...
kemungkinan syaitan d tepi ku t'lompat2 ke gembiraan kerana berjaya membolak kan hti ku...
tanpa ku sedari itulah hakikat ny...

dalam sedang terkulat2 mencarik lagu y sesuai mengikut mood...hati berdesing...eh..
ketika itu diri kesedran ...knp dgn aku ni??
kembali diri kepada asal...hakikat seorang hamba y di uji...

Allah...Allah..Allah...

لاتغضب ولاتحزن
انّ الله يحب الصابرين
teruskan perbincangan...satu perkongsiaan...
sesungguh ny kemarahan bukan lah jalan penyelesaian untuk seuatu..
jika kite menyelesaikan tiap permasalahn degan kemarah kemungkinan akan menambahkan lagi permasalahn y ada...
kembalikan hati pda allah cuba untuk muhasabah diri...
semak kembali niat hati kite sendiri...
mungkin ada silap langkah ny...
mungkin jua allah ingin menguji kite sebagai seorang hamba..

'layukalli fullahu illa ma ataha'

bila rasa marah d hati..jgn d ikot kan hati...
berfikir lah secara waras otak y d beri..
kerana tidak d datang kan sesuatu tanpa sebab dan tanpa penyelesaian ny..dan pengakhiran ny pasti satu hikmah..
pupuklah iman d hati..


'Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya
dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat
melalui perkataannya'

- Saidina Ali bin Abi Thalib
 
'pesanan untuk dri sendri
perkongsiaan untuk semua'

Monday 2 May 2011

KetaKutAn JaLan yg mEmbAwA kEbeNarAn..

Dunia adlh suatu tmpt yg bukan asing lagi,dikalangan makhluk yg hidup didalamnya, Dunia umpama kawasan rehat yg cukup tp tidak melengkapi  dari setiap aspek dan sudut....Dunia bagaikan satu hamparan yg luas terbentang,dipandangn nun disana kelihatan kecilan objek yg tegak meninggi dan cahaya yg sinar menyilau...
Begitulah dunia,penuh dengan tipu helah dan daya..Manusia adlh salah satu makhluk yg berada di muka dunia ini...Manusia juga adlh penghuni yg akan dihisap dan dikira amalan mereka dimuka dunia,dan dia manusia adlh pengembara yg mencari sesuatu mutiara yg dianugerahkan oleh illahi iaitu iman...Manusia adlh makhluk ciptaan tuhan yg sangat sempurna berbanding yg lain,namun manusia juga akan jadi makhluk yg paling hina apabila dilaknati tuhan...Begitulah percaturan tuhan yg memberi akal fikiran kepada setiap manusia,namua segelintar sahaja yg menggunakan akal fikiran tersebut dengan betul dan tepat....Andai dibandingkan manusia dengn makhluk lain,manusia jauh lebih mulia dan sempurna...Merujuk kembali ayat suci al-quran,manusia ygtidak menggunakan akal fikiran seolah2 seperti haiwan dan bintang malahan lagi buruk dari makhluk tuhan tersebut...begitulah penghinaan tuhan terhadap makhluknya yg ingkar dengan perintah dan suruhannya...
Moge kita semua dapat perlindungan dari bahan api neraka...ya rabb,kau ampunilah dosa2 kami,kau tunjuklah kami jalan yg benar,kau berilah kami kekuatan dalam mengharungi saki baki kehidupan didunia ini....


@ narju rahmataka ya rabb

Sunday 1 May 2011

PeRjaLanAn yG bEribU bAtu BerMula dAri SaTu tApaK...

Angin pagi yg nyaman dan segar telah menggerakkan dan menyedarkan aku dalam lamunan yg tiada hentiannya, Hari ini aku berjaya bersarapan dngn tok guru dari gombak,namanya Hj arafat...Beliau sngt baik dan memahami jiwa remaja aku...terima kasih tok guru,sekian lama aku berbual dan berborak mengenai ilmu dngn beliau,lantas aku terpandangn satu lambaian tangan dari arah yg bertentangan dengan aku...lambaian tersebut,seolah2 memanggil aku,aku terus meminta izin untuk mengindur diri dari meja perbualan tersebut..."jom panjat bukit gua hira' " kata kawanku....lantas aku mengatakan "ya,jom kita naik...huhuhu.."....Seronok rasnya bila aku dapat menjalankan aktiviti yg sihat2 di Makkah....tepat jam menunjukkan pukul 9 pagi waktu saudi,aku dan 4 orng rakan seperjuangan mula berjalan dan mendaki gunung nour yg terdapat gua hira'diatasnya...Aku bertanya kepada seorang arab yg membawa kitaorang ke sana...." berapa lama agknya kami akan sampai ke puncak gua hira' itu??"...dia pon berkata," i'allah,dalam 1jam lebih,kamu semua akan sampai....".melihat dari bawah gunung nour,nampak kelihatan kecil berkilauan gua hira' dipuncak...Aku merasakan kepanasan mentari pagi,dan kepenatan menghausi tekak ketika mendaki gunung tersebut....kami mengambil masa selama 2jam lebih untuk mendaki,subhanallah,begitu dahsyat keperitan junjungan kita semasa mendaki gunung tanpa alat yg lengkap seperti tangga dan sebagainya...ya rabb,terimalah kami semua dalam usahamu ya rabb...

@ asynguru bissyukri ya rabb

kEpeRitAn SeoRang HamBa.......

Hari ini panas,panas yg mmpu mencecah sehingga 48 darjah,aku tetap ingin menunaikan impian dan keinginanku iaitu duduk dan beribadah didalam raudah nabi S.A.W yg terletak di masjid annabawiyah.. Aku terus menyusuri ke pintu masuk masjid iaitu bab salam,yg terletak di bahagian depan tanah perkuburan baqi'... Aku terasa kesayupan dan ketenangan hatiku seakan2 menangis,namun tidak kelihatan air mataku mengalir...aku rungsing dan aku merasakan diriku memiliki hati yg keras dan hitam penuh dengn kepulan2 asap dan dosa.. Aku tetap meneruskan perjalanan aku dengan niat, ya rabb,kau ampunilah diriku ini....aku x mampu menanggung bebananmu ini,aku merayu padamu ya rabb,kau ampunilah aku....ketika aku melihat di suatu sudut yg jauh dihadapanku,aku terasa hatiku sedih dan terasa diriku kosong...aku berkata pada hatiku, ya rabb,kau ampunilah dosa2ku...ya rabb,kau perlihatkan dan bagi diriku menyaksikan makam junjungan mulia kami S.A.W...dengan tenang aku berjalan menuju ke raudah dan aku sempat memberi salam keatas junjungan mulia... Aku dapat melakukan solat sunat didalam raudah, dan disitu juga....aku belajar sesuatu ilmu yg baru,iaitu...ilmu pengabdian dalam ibadah.... Semasa aku menyempurnakan solat sunat tersebut, pada ketika itu kesesakan manusia yg ingin menunaikan solat didalam raudah sngt penuh dan tiada ruang untuk berdiam diri dengan tenang pada hakikatnya pandangan mata kasar,namun.....aku dapat merasai perasaan tenang dalam melakukan ibadah didalam raudah,sedetik aku bersujud di dalam raudah aku tidak sedar yg rupanya aku telah sujud terlalu lama,sehingga kepala aku dipijak lalu,aku menyempurnakan ibadah... Aku dapat rasa hakikat kita sebagai seorang hamba,tiada ruang sujud yg mencukupi,dicelahan kaki manusia menjadi tmpt sujud kita,mana lagi pangkat dan darjat kita semasa melakukan ibadah didalam raudah....??pangkat darjat akhir sekali didalam raudah sujud di celahan kaki,kita adlh hamba yg serupa...

@ asykuru alanikmatik..

Erti SecEbIs KePenAtaN

Aku di kejutkan dengan alunan azan subuh yg kedua pada pukul 4.40 pagi waktu makkah,aku mengeluh kepenatan dan keletihan..Aku penat,aku letih itulah yg aku fikirkan pada ketika saat itu...ya rabb,andai pada ketika itu seruan ajalmu terhadapku datang,adakah aku dikira melakukan dosa meninggalkan solat?? ya rabb,kau ampunilah aku,hambamu yg jahil lagi hina....tiba2,aku dikejutkan dengan pancaran mentari pagi yg menerangi bumi tanpa jemu dan tanpa mengambil keuntungan..subhanallah,aku terus memikirkan benda yg tlh berlaku dengn seklip mata,iaitu aku x lagi solat subuh....lantas aku berlari ke tandas untuk menyempurnakan ibadahku...jam menunjukkan pada pukul 6.30pagi makkah,aku menunaikan solat subuh secara khodhaan..ya rabb,ampunilah aku...setelah selesai sudah ibadahku,aku duduk diatas tikar sejadah yg mempunyai ukiran kaabah,terus aku lemah dan x bermaya menahan sebak didadaku kerna aku tidak berpeluangan untuk menunaikan solat subuh berjemaah di makkah mukarramah...ya rabb,berikan aku kesempatan untuk menunaikan solat subuh berjemaah secara adaan..aku merasakan diri aku sngt lemah berbanding orng lain yg lagi lanjut usia mereka tanpa mereka mmpu menunaikan solat subuh berjemaah.....Segan dan malu yg selalu lahir dalam diriku ketika ditanya dan disoal oleh mereka semua...namun apekan daya,aku menjawab dengn hati yg berat dan sebak...ya rabb,berikan kekuatan padaku dan semua yg membaca dalam menunaikan amal ibadahmu,kau terimalah kami semua dalam usahamu ya rabb....kau ampunilah dosa2 lampau kami semua,kami tahu,kami sedar,kami rasa,kami banyak melakukan dosa,kau ampunilah dan rahmatilah kami ya rabb...ya rabb,jemputlah kami menziarahi rumahmu yg mulia ini...ya rabb,sekiranya kau telah menetapkan kematianku pada sekian2,aku merayu padamu,kau ambillah nyawaku ketika aku berada di rumahmu ya rabb(masjidilharam)...ya rabb,hindarilah kami dari azab api nerakamu...jngnlah kau jadikan kami semua bahan2 pembakar nerakamu ya rabb...akhir dariku...kau terimalah aku dan semua dlm usaha mu ya rabb...
amin ya rabb...


                                                                          @ narju riedhoka ya rabb