Service Khas!!!

Pusat Service kereta:
Kereta D3 Auto,
menjual alat-alat ganti kereta D3 auto.


Kawasan pinggiran USJ
bersebelahan dengan Sekolah Teknik Shah Alam..

Pages

Sunday 1 May 2011

kEpeRitAn SeoRang HamBa.......

Hari ini panas,panas yg mmpu mencecah sehingga 48 darjah,aku tetap ingin menunaikan impian dan keinginanku iaitu duduk dan beribadah didalam raudah nabi S.A.W yg terletak di masjid annabawiyah.. Aku terus menyusuri ke pintu masuk masjid iaitu bab salam,yg terletak di bahagian depan tanah perkuburan baqi'... Aku terasa kesayupan dan ketenangan hatiku seakan2 menangis,namun tidak kelihatan air mataku mengalir...aku rungsing dan aku merasakan diriku memiliki hati yg keras dan hitam penuh dengn kepulan2 asap dan dosa.. Aku tetap meneruskan perjalanan aku dengan niat, ya rabb,kau ampunilah diriku ini....aku x mampu menanggung bebananmu ini,aku merayu padamu ya rabb,kau ampunilah aku....ketika aku melihat di suatu sudut yg jauh dihadapanku,aku terasa hatiku sedih dan terasa diriku kosong...aku berkata pada hatiku, ya rabb,kau ampunilah dosa2ku...ya rabb,kau perlihatkan dan bagi diriku menyaksikan makam junjungan mulia kami S.A.W...dengan tenang aku berjalan menuju ke raudah dan aku sempat memberi salam keatas junjungan mulia... Aku dapat melakukan solat sunat didalam raudah, dan disitu juga....aku belajar sesuatu ilmu yg baru,iaitu...ilmu pengabdian dalam ibadah.... Semasa aku menyempurnakan solat sunat tersebut, pada ketika itu kesesakan manusia yg ingin menunaikan solat didalam raudah sngt penuh dan tiada ruang untuk berdiam diri dengan tenang pada hakikatnya pandangan mata kasar,namun.....aku dapat merasai perasaan tenang dalam melakukan ibadah didalam raudah,sedetik aku bersujud di dalam raudah aku tidak sedar yg rupanya aku telah sujud terlalu lama,sehingga kepala aku dipijak lalu,aku menyempurnakan ibadah... Aku dapat rasa hakikat kita sebagai seorang hamba,tiada ruang sujud yg mencukupi,dicelahan kaki manusia menjadi tmpt sujud kita,mana lagi pangkat dan darjat kita semasa melakukan ibadah didalam raudah....??pangkat darjat akhir sekali didalam raudah sujud di celahan kaki,kita adlh hamba yg serupa...

@ asykuru alanikmatik..

No comments:

Post a Comment