Service Khas!!!

Pusat Service kereta:
Kereta D3 Auto,
menjual alat-alat ganti kereta D3 auto.


Kawasan pinggiran USJ
bersebelahan dengan Sekolah Teknik Shah Alam..

Pages

Saturday 2 April 2011

Kemenangan adalah sumber inspirasi kemajuan

Siapa kata orang yang kalah akan sentiasa kalah dan terus kalah tanpa sebarang ilmu yang seseorang itu perolehi daripada kekalahan, Ini kerana orang yang berfikiran negatif akan berkata " aku dah ditakdirkan kalah ". Setiap manusia mampu mengubah nasib yang telah ditetapkan oleh yang maha merancang, namun kita mesti ingat setiap perubahan tersebut mampu mengembirakan dan mengecewakan kita...Mengimbas kembali detik kegemilangan negara tercinta MALAYSIA yang mencipta nama dipersada dunia ini dengan kemenangan demi kemenangan yang dicapai melalui kemajuan negara,keekonomian,perindustrian dan kesukanan.. Sejarah telah merakamkan segalanya yang berlaku,namun hari ini, kita gagal untuk menaikkan dan mengharumkan nama negara malahan mencaci dan memaki hanum negara sendiri, ibarat kacang melupakan kulit, bersyukur kerana kita masih lagi diterima oleh negara tercinta ini. Setiap orang pasti mempunyai episod kemenangan dalam diri masing-masing,
Bohonglah, siapa yang tidak mempunyai kemenangan dalam kehidupannya. ALLAH maha adil pada setiap individu dan makhluk yang ada di muka dunia ini... Dengan kemenangan,kita mampu mencipta satu kekuatan untuk terus berjuang, dengan kemenangan juga kita mampu melakar satu plan untuk terus maju dan dengan kemenangan kita mampu untuk menggantung potret untuk terus berusaha dan maju.. Kemenangan adalah tangga kemajuan..

                                                                                                                                               @ gagah satria

No comments:

Post a Comment